HR
Akta Kerja 1955 & Prosedur Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)
Kursus sehari dalam Bahasa Melayu tentang Akta Kerja 1955 dan cara menjalankan siasatan dalaman (domestic inquiry) yang adil dan mematuhi undang-undang, daripada surat tunjuk sebab hingga keputusan panel, termasuk latihan mock inquiry.
- Boleh dituntut HRD Corp (SBL-Khas)
- Boleh dijalankan secara in-house
- Diskaun sehingga 15% untuk kumpulan

Apa yang anda pelajari
- Mengetahui pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan kesan pindaan terbaru.
- Memahami kontrak perkhidmatan dan perkara yang perlu ada di dalamnya.
- Menangani isu utama dalam pemecahan atau penamatan kontrak perkhidmatan.
- Memahami perlindungan bersalin, cuti bersalin, cuti paterniti dan perubahan cuti sakit.
- Memahami polisi dan prosedur pencegahan gangguan seksual.
Kenapa ia penting
- Pekerja yang dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil boleh membawa kes ke Mahkamah Perusahaan.
- Mahkamah boleh mengarahkan pekerja diambil semula atau dibayar pampasan, termasuk gaji tertunggak sehingga 24 bulan (12 bulan bagi pekerja dalam percubaan).
- Gagal menyiasat aduan gangguan seksual: denda sehingga RM50,000.
- Penalti am bagi kesalahan di bawah Akta Kerja 1955 kini sehingga RM50,000.
Penalti maksimum di bawah undang-undang semasa, sebagai panduan umum sahaja. Bukan nasihat undang-undang.
Hubungi kami
Ada soalan sebelum mendaftar?
WhatsApp kami. Kami bantu tentang kursus, tarikh akan datang dan dokumen HRD Corp.